#ASSALAMUALAIKUM....
#BAHAGIAN BAHAGIAN KERIS
Hulu Keris |
#Pelbagai nama telah diberikan kepada setiap hulu keris seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakak Tua, Tapak Kuda dan Pekaka.Penjelmaan reka bentuk menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksasa dan Garuda.
#Ragam hias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, Awan Larat, Bunga Tebuk, Ketam Guri, bentuk fauna,dan bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.
Hulu Keris |
Pendongkok Keris |
#Pendongkok dihiasi dengan motif bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatakkan batu permata atau ukiran biasa sahaja.
#Pendongkok dihasilkan melalui teknik-teknik ‘filigree’, ’repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan tembaga. Pendongkok melekap pada pangkal hulu keris di bahagian permukaan ganja.
#Sungguhpun pendongkok mempunyai yang agak stereotaip, namun ia dapat dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik yang digunakan dalam membentuk hiasan tersebut.
#Hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh oleh gandar-gandar pendongkok merupakan satu aspek yang menarik yang terdapat pada pendongkok keris-keris Melayu.
Pelbagai jenis Pendongkok Keris |
3) #Bilah Keris
Bilah Keris |
#Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilandan lurus. Terdapat juga keris yang panjangnya berukuran 61sm dengan matanya berbentuk mata pedang seperti keris Sundang, dan ada yang sehingga 29 lok.
#Tiga perkara yang penting mengenai mata keris ialah rupa awan dan corak pamor, bentuk dan corak bombak yang wujud daripada campuran logam dan nikel.
#Keris juga diibaratkan sebagai insan oleh sesetengah empunya keris atau pembuat keris dengan memasukkan unsur magis atau penunggu ke dalam senjata tersebut agar senjata tersebut lebih memberikan kekuasaan kepada si pemakainya.
Jenis Jenis Bilah Keris |
Bahagian Bahagian Bilah Keris |
4) #Sarung Keris
Sarung Keris |
#Sampir dan batang sampir adalah sarung di bahagian ganja dan aring keris.Sampir dan batang sampir berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris.
#Sampir dan batang sampir diperbuat daripada beberapa jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas atau perak, atau tidak diukir langsung atas sebab corak urat kayu tersebut telah nampak keindahannya.
#Batang merupakan sarung kepada bilah keris.Batang berbentuk lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Batang diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora tetapi terdapat juga batang yang tidak diukir.
#Kebiasaannya, pada hujung batang kerisakan disarungkan buntut yang diperbuat daripada perak, emas, tanduk binatang atau gading gajah.
Contoh contoh Sarung Keris |
Bahagian bahagian Sarung Keris |
No comments:
Post a Comment