Wednesday 17 December 2014

 ASSALAMUALAIKUM  WTB...

# Bagi menjayakan sem kali ini, satu kajian mengenai barangan warisan yang dikaji mengenai asal usulnya dan kesudahannya akan memastikan satu barangan atau produk dihasilkan mengikut barangan warisan yang dibuat.

# Untuk itu, kami menjalankan kajian mengenai senjata Warisan Melayu iaitu Keris dan senjata mempertahankan diri Melayu yang lain. Berdasarkan menemuan atau kajian yang dibuat senjata Melayu ini sangat unik dan begitu istimewa bagi sesetengah orang yang tahu atau cinta tentang senjata Warisan Melayu ini.

# Diakhir sem ini kami harus menyiapkan satu produk berdasarkan barangan yang dikaji. Kami telah memilih senjata melayu ini spt Keris atau Badik. Kenapa kami memilih Keris atau Badik kerana keunikan hasil seninya yang terdapat pada Keris atau Badik tersebut. Contohnya seperti ukiran pada sarung Keris atau Badik tersebut sangat halus dan cantik pembuatannya.

# Berikut adalah progres sepanjang kami menyiapkan produk kami ini...



Ini adalah Creative Board bg produk kami


# Kami telah memilih sarung Keris atau Badik tersebut sebagai akhir produk kami. Kerana kami tertarik pada ukiran halus dan reka bentuk sarung tersebut.




Ideation produk kami yang diluluskan sbg akhir produk kami dan material yg akan kami gunakan ialah Kulit/PVC, Jeans/Denim dan tali.

# Berikut adalah pola sarung kami. 



Pola 

Sunday 16 November 2014

#ASSALAMUALAIKUM....

#BAHAGIAN BAHAGIAN KERIS


1) #Hulu Keris


Hulu Keris

#Bahagian hulu keris biasanya berukuran sepanjang lebih kurang 15sm,berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai estetik Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (Kemuning, Tegor, Tempinis, Sena,Celagi, Petai Belalang, Boai, Lebang, dan Kayu Hitam), gading gajah, tanduk binatang, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).

#Pelbagai nama telah diberikan kepada setiap hulu keris seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakak Tua, Tapak Kuda dan Pekaka.Penjelmaan reka bentuk menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksasa dan Garuda. 


#Ragam hias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, Awan Larat, Bunga Tebuk, Ketam Guri, bentuk fauna,dan bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.





Hulu Keris

2) #Pendongkok Keris


Pendongkok Keris

#Pendongkok ialah sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulu keris sebagai perhiasan dan juga pembahagi di antara hulu dan mata keris. Pendongkok keris yang juga dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris atau memendak diperbuat daripada logam, tembaga, perak, atau emas

#Pendongkok dihiasi dengan motif bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatakkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. 


#Pendongkok dihasilkan melalui teknik-teknik ‘filigree’, ’repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan tembaga. Pendongkok melekap pada pangkal hulu keris di bahagian permukaan ganja. 

#Sungguhpun pendongkok mempunyai yang agak stereotaip, namun ia dapat dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik yang digunakan dalam membentuk hiasan tersebut. 


#Hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh oleh gandar-gandar pendongkok merupakan satu aspek yang menarik yang terdapat pada pendongkok keris-keris Melayu.


Pelbagai jenis Pendongkok Keris

3) #Bilah Keris



Bilah Keris

#Bilah keris pula terdapat dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Bilangan lokyang terdapat pada keris selalunya ganjil. Ini dipadankan dengan ciri-ciri keIslaman, seperti jumlah rukun Islam (5), bilangan keliling dalam tawaf (7),rukun sembahyang (13) dan jumlah sembah yang lima waktu (17)

#Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilandan lurus. Terdapat juga keris yang panjangnya berukuran 61sm dengan matanya berbentuk mata pedang seperti keris Sundang, dan ada yang sehingga 29 lok. 


#Tiga perkara yang penting mengenai mata keris ialah rupa awan dan corak pamor, bentuk dan corak bombak yang wujud daripada campuran logam dan nikel

#Keris juga diibaratkan sebagai insan oleh sesetengah empunya keris atau pembuat keris dengan memasukkan unsur magis atau penunggu ke dalam senjata tersebut agar senjata tersebut lebih memberikan kekuasaan kepada si pemakainya.








Jenis Jenis Bilah Keris


Bahagian Bahagian Bilah Keris


4) #Sarung Keris

Sarung Keris

#Sampir dan batang sampir adalah sarung di bahagian ganja dan aring keris.Sampir dan batang sampir berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris

#Sampir dan batang sampir diperbuat daripada beberapa jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas atau perak, atau tidak diukir langsung atas sebab corak urat kayu tersebut telah nampak keindahannya. 

#Batang merupakan sarung kepada bilah keris.Batang berbentuk lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Batang diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora tetapi terdapat juga batang yang tidak diukir.

#Kebiasaannya, pada hujung batang kerisakan disarungkan buntut yang diperbuat daripada perak, emas, tanduk binatang atau gading gajah











Contoh contoh Sarung Keris


Bahagian bahagian Sarung Keris

Monday 10 November 2014

....Pembuka kata


#ASSALAMUALAIKUM...

#SENJATA TRADISIONAL


#Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta Pandai Besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.




KERIS

#Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

#Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat.


BADIK

#Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

KERAMBIT

TUMBUK LADA

TOMBAK
KELEWENG

LAWI AYAM
BELADAU

Sunday 2 November 2014

 Mula Bicara ....

#ASSALAMUALAIKUM WBT...


Sambungan dari post yang terdahulu, jika kenal lagi abang Wan yang kami kenalkan di post sebelum ini, abang Wan ini pakar dalam pembuatan senjatan Traditional dan Modern. Tak kira apa jenis senjata termasuk pisau, keris, pedang, lembing, tombak, badik dan lain lain.

Abang Wan hanya akan membuat senjata ini apabila mendapat permintaan daripada pelanggan yang menginginkan senjata Traditional atau modern ini.  Menurut abang Wan....

"Abang akan buat keris atau yang lain bila abang dapat tempahan daripada pelanggan dan bila abang buat senjata ini tanpa permintaan abang akan rugi, sebab mungkin pelanggan tidak berkenan dengan reka bentuk yang sedia ada, maksudnya abang buat sendiri corak dia "

Antara barangan senjata yang telah abang Wan siapkan kebanyakannya adalah pisau dan sarung pisau tersebut.









Gambar di atas adalah gambar gambar senjata yang abang Wan telah siapkan. Tidak banyak senjata yang dipamerkan kerana kurang tempahan dari pelanggan.

----------------



Tuesday 28 October 2014

#ASSALAMUALAIKUM WTB





Masih ingatkan kalian tentang raub wajah abang chubby nie ? Post terdahulu kami hanya meletakkan gambar wajah abang ini tanpa maklumat siapakah abang ini. Haa untuk post kali ini kami akan menceritakan serba sedikit tentang siapakah abang ini dan kenapa dia muncul di dalam post kali ni.

-----------------------


Nama diberi AHMAD HAZUAN b. HASMI
Berasal dari HULU KLANG, SELANGOR
Berumur awal 30 an
Masih BUJANG
Mempunyai kemahiran dalam PEMBUATAN SENJATA TRADITIONAL dan MODERN
Menerima TEMPAHAN APA JUA SENJATA samada TRADITIONAL mahupun MODERN

------------------------


Pada 25 OKT sehinnga 03 NOV, Kraftangan Malaysia, Jalan Conley Kuala Lumpur telah mengadakan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman.

Pelbagai aktiviti yang terdapat di situ termasuk pameran kraf yang terdapat di Malaysia.

Bukan hanya kraf di semenanjung sahaja yang dipamerkan, malahan terdapat juga kraf dari Sabah dan Serawak.

Semua jenis kraf dipamerkan dari kayu sehingga ke fabrik. Bermacam jenis kraf yang unik dan sukar pembuatannya terdapat di situ. Iannya bagus bagi mereka yang menggemarkan barangan kraf terutamanya kraf Malaysia.

--------------------




Tuesday 21 October 2014

#ASSALAMUALAIKUM....



Jika post terdahulu kami menceritakan tentang senjata Warisan Melayu, terutamanya KERIS, untuk post kali ini kami bawa kalian lebih dalam lagi mengenai keris, cara pembuatannya itu sendiri dan unsur unsur yang terdapat pada senjata Melayu ini. Selain itu juga, maklumat yang sebelum ini kita tidak tahu mengenai keris akan kami sampaikan melalui post yang akan datang. Nantikan maklumat yang padat mengenai keris Warisan Melayu kita ini. Nantikan....



Haa nak tau siapa abang chubby ini nantikan post yang akan kami update nanti..





Saturday 11 October 2014

 #SENJATA MELAYU 


 #Orang-orang Melayu merupakan mereka yang handal bermain senjata. Terdapat pelbagai senjata yang digunakan dalam pekerjaan seharian, dan juga yang khusus untuk mempertahankan diri. 


 #Bagaimanapun, senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai dari ingatan walaupun dari mereka yang berbangsa Melayu. Disenaraikan di bawah sebahagian kecil senjata yang masih diketahui agar ia berkekalan dalam pengetahuan kita semua.


 #Senjata-senjata ini tidak semestinya dicipta oleh orang Melayu semata-mata, tetapi selagi ia digunakan secara meluas. Senjata yang paling utama masyarakat Melayu adalah KERIS.


"K.E.R.I.S"


**Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

**Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

**Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Artikal  mengenai keris Taming Sari
KERIS TAMING SARI

#JENIS KERIS

1.Keris Semenanjung






2.Keris Bugis


3. Keris Jawa


4. Keris Sumatera


5. Keris Madura


6. Keris Pattani


7. Keris Bali


8. Keris Sajen


9. Keris Picit



#Banyak lagi yang akan dibongkar mengenai senjata Melayu yang menjadi warisan dunia Melayu ini. Nantikan...